Sunday, 4 November 2012

Jalinan Mahabbah - UM, UKM, UiAM dan UPM

4 November 2012 - Bersesuaian dengan tema sedetik indah bersama, seabad memori tercipta. Itulah gambaran yang dapat dinyatakan berdasarkan pertemuan hari ini. Alhamdulillah atas usaha dari Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) Jalinan Mahabbah iaitu suatu program untuk dijadikan medan untuk pimpinan-pimpinan persatuan anak negeri kelantan dari 4 buah universiti di Lembah Klang berkongsi idea bagi meningkatkan kegemilangan dan menjamin kebajikan anak kelantan di varsiti dapat dijalankan.

Selain dari Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan D'Naim UPM terdapat dua lagi persatuan anak kelantan varsiti yang mendapat jemputan iaitu Perdana UKM dan UKM berkumpul seawal 9 pagi di Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Wajah ceria terukir di wajah anak negeri tatkala pertemuan pertama mereka itu.

Dimulakan dengan membuka majlis, nyanyian lagu kelantan, alunan Asma' Al-Husna dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan Ex-Oficio PMKUM, Wan Azfar Syahmi Wan Mohd Ghazali dan ucapan Penasihat PMKUM, Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Hj. Ab Majid. Tiga perkara penting yang ditekankan oleh penasihat PMKUM iaitu 1) Anak negeri yang berada di unversiti hendaklah menyumbang kepada negeri. 2) Idea yang praktikal bukanlah cakap kosong. 3) Networking menguatkan antara varsiti, semuanya dihadamkan dengan baik. Tanpa lelah, beliau kemudiannya beredar untuk ke menyampaikan kuliah di fakulti selepas merasmikan program tersebut walaupun sebelumnya beliau telah menyampaikan kuliah subuh di surau sebagaimana yang ditugaskan kepada beliau.

Sesi kedua program dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Anak Kelantan setiap Universiti dan bermulalah sesi soal-jawab. Idea demi idea dan bermacam lagi tindakan strategik yang dikongsi bersama ketika itu antaranya mempraktikkan budaya sukan dan kesenian antara universiti sinonim dengan kelantan yang terkenal dengan The Red Warrior dan dikir barat.

Majlis ditutup tidak bermakna terputuslah hubungan. Ucapan terima kasih tulus ikhlasa dari kami warga D'Naim UPM atas jemputan program tersebut. Moga ukhwah terbina berpanjangan, peserta bersurai selepas solat zohor berjemaah.



No comments:

Post a Comment