Tuesday 11 December 2012

Perginya Syahid Menuntut Ilmu

Tatkala sakaratul maut memanggil maka tiadalah yang mampu menafikannya. Pada 26 Muharram 1434H, 10 Disember 2012M, Isnin jam 8.00 pagi seorang ahli keluarga DNaim UPM telah pergi meninggalkan kami.


Muhammad Asyraf Bin Aminuddin merupakan pelajar tahun 2 , Bac. Pertanian, UPM. Menginap di Kolej 12 berasal dari Lot 4712 Jalan Banggol, Taman Damai, Tanah Merah. Jam 8.00 pagi , arwah terlibat dengan kemalangan Gate 8 UPM (simpang 4 sebelum sampai ke fakulti pertanian) ketika bergegas ke kelas.




Jenazah dibedah siasat di Hospital Serdang lalu dibawa ke Masjid UPM untuk dimandikan dan dikafankan. Sekitar 2.30 petang jenazah disolatkan di Masjid UPM dan terus dibawa ke kelantan untuk dikuburkan diringi oleh seramai 22 orang pelajar UPM terdiri dari wakil DNaimUPM, MPPUPM, Permatani, Kolej 12 dan kenalan. Sekitar 12 malam jenazah di bawah ke rumah bapanya buat kali terakhir sebelum di kuburkan. 

Respon dari VC UPM, Prof Radin Umar Radin Suhardi"Upm akan terus berhubung dgn Silk dan Llm dan saya sendiri akan sketch junction treatment untuk mengelakan pemandu yg tidak bertanggung jawab potong Q tanpa berhenti di simpang. Harap Llm buat pembetulan. Simpang ini Silk punya dan dikawalselia LLM"


Malam tersebut juga telah diadakan bertempat di surau serumpun, selepas solat maghrib akan diadakan bacaan Yassin dan derma kilat.

Disini ingin kami sertakan amanat dari bapa arwah,Pertamanya keluarga arwah berterima kasih kepada semua warga UPM yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan pengurusan jenazah anak beliau.Kedua ,pesanan yag amat penting ialah jika arwah sebelom ini telah membuat kesalahan, ada yg tersinggung dgn arwah, atau apa2 sahaja kesalahan yg arwah lakukan pihak keluarga arwah memhon juta kemaafan dan di harapkan rakan2 semua dpt maafkan beliau.Ketiga, sekiranya arwah terdapat hutang ,silalah menuntutnya pada keluarga arwah. Akhir sekali sama2lah kita doakan agar arwah di tempatkan dalam kalangan org beriman dan smoga mendapat pahala syahid.
~kata ibu, arwah seorang yg sgt mendengar kata dan taat pada ibu bapa. Katanya kalau tiada di bilik,,di surau lah dia berada.


Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah, moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Saturday 17 November 2012

Akaun DiHack

Bismillah sebagai pemula bicara.

Dalam memudahkan perhubungan dan penyampaian maklumat antara ahli dan kepimpinan, DNaim UPM telah mendaftar satu akaun facebook dengan menggunakan nama 'DNaim UPM' dan menyebar luas jaringannya di alam muka buku itu.

Malang tidak berbau, akaun DNaim UPM tidak dapat berfungsi buat sementara waktu berkemungkinan kerana serangan virus ataupun telah digodam oleh indivdu yang tidak bertanggungjawab menyebabkan admin tidak dapat mengeluarkan sebarang komen walaupun mampu untuk 'log-in' masuk ke akaun tersebut.

Seribu kemaafan dipohon dari Admin DNaim UPM kepada semua ahli dan saff kepimpinan atas kesulitan yang berlaku. Moga hal ini tidak berpanjangan dan akaun itu boleh diselamatkan lagi.



Semoga pertolongan Allah bersama mujahidin dan mujahidah di Gaza bagi menentang Israel, Yahudi laknatullah dan semoga iman kita bertambah dari hari ke hari bagi mendepani ujian mendatang. Amin.

p/s : Selamat hari lahir kepada NorAmira Nawi dan Sofian Aseri. Moga panjang umor, muroh rezeki.

Sunday 4 November 2012

Jalinan Mahabbah - UM, UKM, UiAM dan UPM

4 November 2012 - Bersesuaian dengan tema sedetik indah bersama, seabad memori tercipta. Itulah gambaran yang dapat dinyatakan berdasarkan pertemuan hari ini. Alhamdulillah atas usaha dari Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) Jalinan Mahabbah iaitu suatu program untuk dijadikan medan untuk pimpinan-pimpinan persatuan anak negeri kelantan dari 4 buah universiti di Lembah Klang berkongsi idea bagi meningkatkan kegemilangan dan menjamin kebajikan anak kelantan di varsiti dapat dijalankan.

Selain dari Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan D'Naim UPM terdapat dua lagi persatuan anak kelantan varsiti yang mendapat jemputan iaitu Perdana UKM dan UKM berkumpul seawal 9 pagi di Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Wajah ceria terukir di wajah anak negeri tatkala pertemuan pertama mereka itu.

Dimulakan dengan membuka majlis, nyanyian lagu kelantan, alunan Asma' Al-Husna dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan Ex-Oficio PMKUM, Wan Azfar Syahmi Wan Mohd Ghazali dan ucapan Penasihat PMKUM, Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Hj. Ab Majid. Tiga perkara penting yang ditekankan oleh penasihat PMKUM iaitu 1) Anak negeri yang berada di unversiti hendaklah menyumbang kepada negeri. 2) Idea yang praktikal bukanlah cakap kosong. 3) Networking menguatkan antara varsiti, semuanya dihadamkan dengan baik. Tanpa lelah, beliau kemudiannya beredar untuk ke menyampaikan kuliah di fakulti selepas merasmikan program tersebut walaupun sebelumnya beliau telah menyampaikan kuliah subuh di surau sebagaimana yang ditugaskan kepada beliau.

Sesi kedua program dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua Anak Kelantan setiap Universiti dan bermulalah sesi soal-jawab. Idea demi idea dan bermacam lagi tindakan strategik yang dikongsi bersama ketika itu antaranya mempraktikkan budaya sukan dan kesenian antara universiti sinonim dengan kelantan yang terkenal dengan The Red Warrior dan dikir barat.

Majlis ditutup tidak bermakna terputuslah hubungan. Ucapan terima kasih tulus ikhlasa dari kami warga D'Naim UPM atas jemputan program tersebut. Moga ukhwah terbina berpanjangan, peserta bersurai selepas solat zohor berjemaah.



Friday 2 November 2012

TVAlHijrah Masuk Kelantan


2 November 2012 - Persatuan Kebajikan Anak Negeri Kelantan D'Naim UPM memanjatkan kesyukuran dengan berita ini dan mengucapkan tahniah kepada TvAlHijrah kerana berjaya menembusi penyiarannya sehingga ke kelantan. Kami mendoakan kejayaan program TVAlhijrah dan semoga rakyat kelantan beroleh manfaat darinya. Pelancaran siaran TVAlHijrah di Kelantan pada 22 ZULHIJJAH 1433H bersamaan 7 NOVEMBER 2012
.

 
Promo Pelancaran Perluasan Siaran TVAlhijrah di Kelantan

Tuning TV Alhijrah di KELANTAN DARUL NAIM
1. Transmitter TV Alhijrah terletak di Menara TM, Telipot, Kelantan
2. Pengguna boleh menggunakan antenna UHF sedia ada untuk mendapatkan signal TV Alhijrah.
3. Hidupkan TV anda, dan tekan pilihan Menu.
4. Pilih manual tuning, cari dan setkan frekuensi 687.25MHz (CH48)
5. Betulkan antenna anda untuk mendapatkan kualiti visual & audio terbaik.
6. Selamat Menonton!

Tolong D'Naim UPM sampaikan berita ini.

Wednesday 10 October 2012

Tempat-tempat Menarik Di Kelantan #1

 Pasar Besar Siti Khadijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. Sumber